Wednesday, July 28, 2010

~kapasitor.net di KOSMO!

Karya kreatif di alam maya


KAPASITOR dibangunkan untuk penggiat karya kreatif seperti penulis, pelukis, penggubah lagu dan pemain muzik.


KEBANYAKAN orang tidak menyedari sisi kreatif di dalam diri kerana ia tidak pernah diterokai. Banyak faktor menyebabkan kreativiti itu terbantut begitu sahaja, salah satunya adalah kerana tiada medium untuk mengembangkan karya-karya kreatif itu.

Selain keterbatasan peluang menerbitkan karya kreatif, kos yang terlalu tinggi juga sering kali menjadi penghalang kepada usaha memahirkan bakat tersebut.

Lantaran itu, seorang anak muda membangunkan sebuah laman webwww.kapasitor.net pada awal tahun 2001 untuk dijadikan platform kepada penggiat karya kreatif mengenengahkan bakat terpendam mereka.

Pengasas dan Ketua Arkitek Kapasitor, Muhammad Johari Rahmad, 28, berkata, Kapasitor adalah sebuah laman jaringan sosial dan platform terbaik kepada orang ramai untuk menajamkan kemahiran penulisan puisi, cerpen serta novel mereka.

"Kapasitor dibangunkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai berkarya dengan lebih bebas dengan melontarkan idea-idea bernas mereka kepada umum di alam maya.

"Memandangkan Kapasitor merupakan sebuah laman jaringan sosial, hasil karya yang dihasilkan mereka dapat dilihat dengan lebih meluas," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Selain penulisan kreatif, Muhammad Johari menambah, Kapasitor juga memberi peluang kepada orang ramai mengembangkan bakat dalam seni visual dan muzik.

Antara seni visual yang boleh dimuat naik dalam Kapasitor termasuk lukisan komik, lakaran, fotografi, seni halus, reka bentuk grafik dan banyak lagi.

"Kami juga tidak mengenepikan bakat-bakat penggubah lagu terpendam di negara ini dengan menyediakan platform kepada mereka berkarya dalam Kapasitor," katanya.

Ujar Muhammad Johari, laman web itu menawarkan tiga bahasa dalam penghasilan karya kreatif iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia.


MUHAMMAD Johari (kiri) boleh berbangga kerana idea dan kesungguhannya membangunkan Kapasitor diiktiraf dunia.


Katanya, dia merasakan pelbagai bahasa yang digunakan dalam Kapasitor mampu memeriahkan pembikinan karya kreatif di laman web berkenaan.

"Dalam pada itu, kami juga memberi peluang kepada pembaca untuk melontar komen-komen terhadap sesuatu karya kreatif yang terdapat di laman web berkenaan.

"Pendekatan itu diharap dapat membantu penggiat karya kreatif alam maya, memperbaiki dan menajamkan lagi kemahiran mereka dalam berkarya dengan mudah serta pantas," katanya.

Tiada caj ahli

Menariknya tentang laman jaringan sosial Kapasitor itu adalah ia terbuka kepada sesiapa sahaja dan tiada bayaran dikenakan kepada mereka yang ingin menjadi ahli.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Aplikasi dan Animasi Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya itu menambah, Kapasitor sudah mempunyai 3,000 ahli yang bergiat aktif dalam melontarkan dan berkongsi karya kreatif mereka.

Katanya, kelebihan menjadi ahli di laman Kapasitor adalah mereka boleh menggunakan gajet seperti Facebook, Twitter dan Google.

"Dengan menawarkan kemudahan ini, pengguna yang menggunakan laman Kapasitor boleh mengikuti perkembangan semasa ahli yang berkarya dalam laman dengan mudah dan pantas.

"Sebagai contoh, jika menggunakan gajet Google ahli-ahli akan menerima e-mel mengenai kegiatan ahli lain atau pun karya terbaru yang dimuat naik dalam Kapasitor.

Selain itu, katanya, apabila menggunakan gajet Facebook dan Twitter juga mereka boleh berkomunikasi dengan lebih terperinci serta rapat dengan ahli-ahli lain.

Ujar dia lagi, mereka yang tidak menjadi ahli juga boleh mengakses ke laman web berkenaan untuk membaca hasil karya kreatif.


DENGAN lebih 3,000 orang ahli, Kapasitor menjadi platform sihat untuk golongan muda beraktiviti.


Katanya, dia tidak membataskan kepada ahli sahaja kerana sasaran utama laman web itu dibangunkan adalah untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam penghasilan karya kreatif.

"Saya mendapati tidak semua orang yang mempunyai keyakinan diri apabila berdepan secara bersemuka untuk mengetengahkan hasil karya kreatif mereka.

"Menggunakan platform alam maya ini, ia banyak membantu khususnya mereka yang berbakat besar tetapi mempunyai perasaan malu atau segan untuk mempersembahkan hasil karya mereka," katanya.

Hak intelek

Ujar Muhammad Johari lagi, laman web Kapasitor juga menitik beratkan isu hak cipta intelek ahli-ahli yang berkarya.

Katanya, mereka yang menaik turun hasil karya dalam Kapasitor boleh menggunakan Creative Commons untuk menjaga hak intelek karya kreatif tersebut.

"Kita bukan sahaja ingin mengenengahkan bakat-bakat baru yang terpendam dalam menghasilkan karya kreatif tetapi mendedahkan tentang kepentingan hak mereka.

"Sebelum ini, tidak ramai yang mengetahui bahawa hasil karya kreatif mereka boleh dilindungi. Dengan adanya Creative Commons ia dapat membantu mereka menghormati dan menghargai hak orang lain," katanya.


MELALUI Kapasitor seseorang bukan sahaja memahirkan bakat kreativiti malah, meningkatkan keyakinan diri di depan khalayak.


Dalam pada itu, Muhammad Johari menambah, Kapasitor juga mempunyai sidang redaksi yang akan mengumpulkan karya-karya penulisan kreatif terbaik untuk dibukukan dalam majalah elektronik iaitu Prasasti.

"Pengumpulan hasil karya-karya terbaik ini akan dilakukan dalam tempoh dua atau tiga bulan untuk dijadikan bahan dalam Prasasti.

"Majalah elektronik yang dibukukan dalam format PDF boleh dimuat turun pada bila-bila masa sahaja mengikut kehendak pengguna," katanya.

Dia menambah, idea untuk membukukan hasil karya kreatif tersebut lahir kerana terdapat pengguna yang terlepas untuk membaca penulisan kreatif di laman web berkenaan.

Katanya, majalah elektronik ini memberi kebebasan kepada mereka untuk membaca hasil karya terbaik mengikut kesesuaian waktu dikehendaki.

Apa yang pasti, Muhammad Johari juga boleh berbangga kerana hasil cetusan ideanya mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi Anugerah e-Culture World Summit di Venice, Itali pada tahun 2007.

Dia berkata, anugerah berkenaan merupakan pemangkin kepada dirinya untuk terus membantu penggiat karya kreatif dalam mengembangkan bakat mereka di alam maya.

Bagaimanapun, dia menambah, pengiktirafan tersebut tidak mungkin tercapai jika tidak mendapat sokongan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), ahli keluarga dan rakan-rakan.

Menyentuh mengenai hala tuju Kapasitor, dia berkata, pihaknya sedang berusaha melaksanakan pelbagai bengkel untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli.


Tuesday, July 20, 2010

~kerja saya yang gila..

Gara-gara En. Ojin mencari kain felt..inilah kerja saya malam semalam di rumah..saya suka..saya gembira dengan apa yang telah saya siapkan malam semalam..tak cantik pun..tapi saya bahagia..

Dengan ini,



Saya telah jadikannya menjadi menda2 di bawah ini..credit to kak liza..kerana menjadi insan pertama yang komen hasil kerja saya..

penyu @ ninja turtle saya

N untuk nini

headband saya

keychain bantal untuk Lyn dan Huda

Friday, July 16, 2010

siapa dia yang sebenarnya? adakah benar dia....

PETIKAN INI SAYA AMBIL DARIPADA VF (VIRTUALFRIENDS.NET/ARTICLE DIRECTORY/DO YOU KNOW? DIRECTORY) OLEH EN. FACELESS (VF-MODERATOR)..TERIMA KASIH KEPADA BELIAU..


Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.



Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya... lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.


Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu... pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama... tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.




Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua... bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...




Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau... minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


Tuesday, July 13, 2010

Sungguh! aku jatuh cinta ker nih?

Gila! Itu sahaja yang mampu aku ungkapkan ketika ini. Mana mungkin aku diserang angau kepada lelaki itu? Aku tidak pernah berjumpa dia. Malah aku tidak mengenali beliau. Setiap hari hanya suaranya yang aku dengari. Sungguh! masakan aku tipu hati sendiri?

Hari ini, aku rasakan duniaku gelap. Telefon bimbitku rosak. Ooh, tidak! Aku tidak akan dapat mendengar suaranya malam nanti. Bagaimana ini? Beli yang baru? Mustahil. Cari idea cepat. Please lah idea, cepatlah datang!

Gambar-gambar dia, video yang dia kirimkan, semuanya ada di dalam telefon bimbit itu. Jangan lah rosak. Please telefon, please.

Aku bagai diserang sawan anjing gila ketika ini. Aku selongkar diari lamaku. Aku terabur kan gambar-gambar di dalam album gambar. Aku buka semua buku-buku sekolahku. Mama melihat sambil membebel. Tidak penting itu semua. Otakku ligat mencari gambar dia yang pernah aku 'cuci' suatu masa dahulu.

Akhirnya, aku terjumpa gambar itu di dalam buku Fizik Tingkatan 5 aku. Haru betullah aku. aku tatap aku tenung. Sungguh aku rindu melihat wajahnya. Benar! Aku jatuh cinta kepada dia..



Sungguh bergaya dia..