Tuesday, July 13, 2010

Sungguh! aku jatuh cinta ker nih?

Gila! Itu sahaja yang mampu aku ungkapkan ketika ini. Mana mungkin aku diserang angau kepada lelaki itu? Aku tidak pernah berjumpa dia. Malah aku tidak mengenali beliau. Setiap hari hanya suaranya yang aku dengari. Sungguh! masakan aku tipu hati sendiri?

Hari ini, aku rasakan duniaku gelap. Telefon bimbitku rosak. Ooh, tidak! Aku tidak akan dapat mendengar suaranya malam nanti. Bagaimana ini? Beli yang baru? Mustahil. Cari idea cepat. Please lah idea, cepatlah datang!

Gambar-gambar dia, video yang dia kirimkan, semuanya ada di dalam telefon bimbit itu. Jangan lah rosak. Please telefon, please.

Aku bagai diserang sawan anjing gila ketika ini. Aku selongkar diari lamaku. Aku terabur kan gambar-gambar di dalam album gambar. Aku buka semua buku-buku sekolahku. Mama melihat sambil membebel. Tidak penting itu semua. Otakku ligat mencari gambar dia yang pernah aku 'cuci' suatu masa dahulu.

Akhirnya, aku terjumpa gambar itu di dalam buku Fizik Tingkatan 5 aku. Haru betullah aku. aku tatap aku tenung. Sungguh aku rindu melihat wajahnya. Benar! Aku jatuh cinta kepada dia..



Sungguh bergaya dia..

No comments:

Post a Comment