Friday, December 31, 2010
saya di Pangkor
Thursday, December 30, 2010
i luv u too
Wednesday, December 29, 2010
i'm fat LOL
lama tak chat..
kita sama2 tgh rasa gemuk. hehe
cam ner diet?
boyfriend noyu umur berapa?:)
substitute nasi dengan benda2 lain.
roti pun ok
janji jgn nasi.
bau nasi pon muntah..
boy? hahahhaa...
lebih kurang incik **** ******..
nasi tu jahat kadang2..
perut bulat makan nasi banyak.
karbohidrat.. aduiii..
huhu..
ntah lar Babe..
selalu terpikat pd insan2 berumur..♥♥
mcm tabiat..habit..
sebab org berumur ni relax..cool. panjang akal. matured.:)
peoples perception.
btw. nasi bahaya la..
naik kat peha? hahaha
=)
tp kat peha? takkan nak p kayuh basikal?
hahhaa..
daya pemikiran mereka yang yue suka..
kadang kala kita kata tak nak pon..tetap itu yang kita suka kan?
pelik..
nanti kita chat ag..:D
Tuesday, December 28, 2010
24 ciri-ciri dia menyintai kamu..
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
- Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
- Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
- Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”
lagi aktiviti saya di opis..
2010 yang akan berlalu..
saya..dia..dia juga..
alamak..demook!
Sunday, December 26, 2010
menunaikan haji itu rukun Islam kelima..
saya nak kereta ini
Saturday, December 25, 2010
rindukan en. bulan
barusan td saya telefon en. bulan saya..rindunya nak dengar suara dia..padahal jam 2 pg td saya masih melihat wajahnya di depan mata..tetapi yang kurang hanyalah senyuman..
Friday, December 24, 2010
hobi baru noyu..
Thursday, December 23, 2010
sujudku tidak sempurna
Wednesday, December 22, 2010
selsema..
Tuesday, December 21, 2010
mereka perlukan bantukan kita..
>Akaun Amirul Fakir (BSN GIRO: 0810029000172634);
>Akaun Saleha Ahmad (CIMB: 09020049938521)
Tolong kongsi maklumat ini dan sebarkan
Monday, December 20, 2010
saya dan dia..
Sunday, December 19, 2010
hari ahad saya..
Saturday, December 18, 2010
hari ini saya...
Friday, December 17, 2010
25 Tips Untuk Kekal Bercinta
2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri
3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.
4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.
5. Ketika Anda Berinteraksi Dengan Si Dia, Jangan lupa Menggunakan Bahasa Tubuh Seperti Gerakkan Tangan, Renungan Mata Dan Tunjukkan Minat Ketika Si Dia sedang Bercakap.
6. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).
7. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.
8. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.
9. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.
10. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.
11. JIka Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan KUKUH Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.
12. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.
13. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.
14. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.
15. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.
16. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.
17. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.
18. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.
19. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.
20. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.
21. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
22. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.
23. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
24. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.
25. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.
layout saya..santekk!
Tuesday, December 7, 2010
kahwin awal atau berzina...
JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL!
by Sadat Tahfiz on Sunday, October 31, 2010 at 12:37am
Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
pil perancang..
Terdapat banyak kebaikan pill perancang yang tidak diketahui oleh wanita. Pill selalunya membawa persepsi yang buruk kerana ia dikaitkan dengan kenaikan berat badan, loya, muntah, perubahan libido dan sebagainya. Walaubagaimanapun kesan sampingan jarang berlaku sekarang disebabkan oleh dos yang ada sangat rendah berbanding dengan dahulu.
Pil bukan sahaja efektif dalam mencegah kehamilan, ia juga boleh:
- Mengurangkan sakit segugut
- Merawat jerawat dan kulit berminyak
- Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
- Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
- Membantu mengurangkan aliran darah haid.
- Mengurangkan ovarian cyst
- Mengurangkan risiko barah ovari
- Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
- Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
- Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
- Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
- Boleh mengawal kedatangan haid
Tidak semua wanita sesuai memakan pil perancang. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui samada anda calon yang sesuai menggunakan kaedah pencegah kehamilan ini.
Saturday, December 4, 2010
lalalalalalalala..ari ini...
Sunday, November 14, 2010
kenapa?
Hari ini terasa malang buatku. Sudahlah terlewat bangun. Kereta pula aku hantar service semalam. Mahu atau tidak aku terpaksa menaiki bas ke pejabat. sudah lah aku terlebih arif dengan bas kat sini. Tak pasal-pasal aku terpaksa menunggu hampir 30 minit. Jam sudah 8:30 pg. Telefon bimbitku mendendangkan lagu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Raffali dengan ntah siapa lelaki tuh. Tak ingat aku.
Siapa pula pepagi ni yang telefon? Dengan malas aku matikan panggilan itu. Aku tersenyum jahat. Padan muka. Siapa suruh call pepagi nih. Dah lah aku tengah bengang ni. Beep! Ada mesej pula. Ahh..biarlah. nanti kat opis aku bacalah. Mana bas ni? Dah lah tak ramai yang tunggu bas pagi nih.
Aku sapa akak kat sebelah. Aku bertanyakan bas U74. Katanya tempat menunggu bas U74 bukan di sini. Aku terpaksa berjalan ke bus stop di bahagian depan perumahan aku. Ooh..terima kasih ya akak. Aku cuba senyum kepada akak itu. Di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Sesampai di bus stop tersebut, bas yang sepatutnya aku naiki telah lebih awal daripada aku. Menurut salah seorang yang berada di situ, bas tersebut hanya 1 jam sebuah untuk hari itu. Cehh..semakin berbulu hatiku ini. Kenapalah aku ni? Aku bertanya di dalam hati.
Beep! Mesej lagi? Tak kuasa aku nak melayan. Paling tidak pun mesti skandal-skandal terlarang aku yang menghantar ucapan selamat pagi. Nanti saya balas ya sayang-sayangku. Biasalah, perempuan paling hot di pejabat. Memang ramai yang minat. Aku ketawa di dalam hati. Aku cuma nak main-main jer ngan diaorang. Bukan salah aku kalau diaorang sukakan aku. Senyuman nakalku terpamer di bibirku yang sengaja aku colet dengan sedikit pelembab.
Setelah hampir 10 minit aku menunggu, aku ambil keputusan untuk menaiki teksi ke pejabat. Sudahnya terpaksa aku bayar RM10 kepada pakcik teksi. Jam di pergelangan tangan aku kerling. 9:10 pg. Nasib baik sempat. Ada lagi 20 minit sebelum pengurusku datang. Pejabatku masih berkunci. Aku dah biasa. Sekejap lagi datanglah budak-budak nih.
Selepas meng’on’kan computer di atas meja, aku bangun untuk pantry. Pekena Nescafe pepagi nih pun sedap ni. Lawan ngan biskut kering. Pergh! Mana pulak Makcik Tijah letak biskut nih? Puas aku geledah almari di pantry tetapi tak jumpa pun biskut. Selesai membancuh Nescafe, aku terus ke meja En. Ameron.
Aku selongkar mejanya untuk mencari biskut. Aku bernasib baik kerana ada 2 bungkus biskut di dalam lacinya. Tangkas aku mencapai pen dan sticky note. “terima kasih atas biskutnya, boss.” Aku tinggalkan di tepi komputernya.
Aku kembali ke meja dan menikmati biskut yang lemau itu. Nescafe telah tinggal separuh cawan. Tiba-tiba aku teringatkan mesej-mesej di telefon bimbitku itu. Terus aku capai telefon bimbit dari dalam tas tanganku.
“Kak, ptg nie jd konvoi ngan kter owg x?” konvoi apa pulak budak Aizat nih? Terus aku buka mesej yang kedua.
“Lina, kul 2 dtg uma I dulu. Ada list hadiah yang I tak sempat beli.”
Ampun! Kenapa aku lupa? Hari ni kan nak gerak ke Cherating. Patut lah opis aku senyap jer. Kalau lah aku baca mesej awal-awal. Kalaulah aku angkat call td. Cett!
Wednesday, November 10, 2010
BUAH HATIKU KATA...
Mama kata aku seorang anak yang degil, keras hati, tak pernah dengar nasihat mama abah, berdikari tetapi anak yang boleh diharap untuk menjaga adik-adik. Ya! Aku mengaku bahawa aku sangat degil, keras hati serta selalu lawan cakap mama abah. Kekadang, kata-kata abah aku jadikan alat mainan. Nasihat abah aku terima dengan senyum sumbing. Kata-kata mama aku tidak pernah simpan di dalam hati walhal itu lah bekalan yang sangat aku perlukan ketika jauh daripada mereka.
Mama kata aku akan jadi insan yang kuat apabila ditimpa ujian. Tidak mudah menangis. Tidak mudah jatuh. Hakikatnya, aku anak yang manja lagi cengeng. Aku suka menangis tanpa sebab. Aku suka marah-marah tak tentu pasal. Kekadang, aku akan jatuhkan hukuman serta-merta kepada hal-hal yang tidak dapat aku kawal. Aku selalu kalah dalam mengawal emosi. Hinggakan ‘dia’ pernah mengatakan aku emo dan kebudak-budakkan. ‘dia’ kata aku emo pun aku menangis. Cengeng!
Abah kata aku anak perempuan yang garang, pemarah, dan suka mengawal adik-adik sebab itu adik-adik takut denganku. Sebab itu kakak-kakak ku tidak menyukai aku. Hahahahaa..aku bukan garang tetapi aku memang seorang yang pemarah. Aku sering mengawal keadaan mengikut kata hati. Tidak pernah mahu fikir tentang hati dan perasaan adik-adik. Sering meminta adik-adik membuat sesuatu untuk aku tanpa bertanya adakah boleh atau tidak.
Abang Jang kata dia akan bankrap jika aku pulang ke kampung. Hikhikhik..sibuk nak ikut ke mana dia pergi. Mahu dibelikan apa sahaja. Mahu menjadi insan yang paling dihargai di rumah walau tidak membuat apa-apa yang berharga. Aku mahu menjadi adik Abang Jang ku yang manja dan nakal tetapi aku memang sangat nakal.
Adik lelakiku kata aku banyak mulut. Aku suka bercakap perkara merapu apabila pulang ke rumah. Menjadikan dia salah seorang ‘hambarakyat’ ku itu sudah pasti. “Amat”, panggilan manjanya, “kau buat air sirap tadikan? Sedap lah. Apa kata kau pergi masak air lagi. Suruh adik tunggu. Pastu kau buat air sirap lagi tau.” Malas tetapi dia buatkan juga. Layankan juga kakaknya yang pemalas ini.
Adik kecilku kata aku senget. Aku suka kacau dia layan sms aweknya. Aku suka ketawa ketika dia dibuli adik-adikku yang lain. Aku suka menokok tambah ketika dia dibuli. Aku suka jadikan dia ‘hambarakyat’ yang setia.
“adik, amikkan aku air sirap yang amat buat tadi boleh?” antara ayat paling popular yang aku keluarkan untuk menjalankan pemerintahan kuku besiku. Aku suka!
Ayang, adik perempuan bongsuku, kata aku penyibuk. Setiap kali aku pulang, dia mesti tiada di rumah. Bekerja mencari wang saku. Aku pula dengan ke’sibuk’kan ku ini, bertanya, “kau kerja apa, Yang? Naper kau selalu balik lambat? Naper kau tak tolong mama kat uma before p kerja? Naper kau ader hp mahal? Naper kau tak suka bangun awal? Naper mama tak kejut kau tak bangun?”. Jawapan untuk semua soalan itu : “kau ni sibuk lar Noy!”
Muni, adik perempuanku yang sulung, kata aku pemalas. Betul ker? sebenarnya aku juga tidak pasti apa yang dia selalu kata kepada aku. Aku dan dia tidak terlalu rapat tetapi memandangkan kami lah kakak, jadi, kami lah pembuli yang sebenar di rumah. Aku sering kata bahawa masakan dia tidak sedap. Dia marah dan mencebik kepadaku. Dia kata lain kali jangan makan kalau dia masak tak sedap. Aku balas balik. “lain kali aku tak makan dah kalau kau yang masak!”
Hakikatnya, aku memang kuat makan. Ada aku kisah sedap atau tak? Yang penting aku tahu makanan itu bersih dan selamat dimakan.
Intan, seorang insan istimewa di dalam keluargaku. Dia tidak mendengar mahupun berkata-kata. Erm, kalau dia boleh berkata-kata, ayat yang pasti dia katakana kepada aku adalah : “naper kau suka ketuk pintu bilik air kalau aku kat dalam bilik air?” mungkin juga dengan nada yang tinggi atau jerkahan. Ada aku peduli? Tidak sekali-kali sebab itu lah yang selalu aku buat untuk menganggu gugat keamanan beliau.
Aku gembira jika pulang ke kampung. Jika demam, pasti sembuh. Jika kurus, pasti gemuk. Jika patah hati, pasti kembali berbunga. Jika gelisah, pasti tenteram. Jika marah, pasti reda. Walaupun aku tidak mampu kembali ke tarikh-tarikh tertentu yang aku mahu, aku pasti, sesuatu kejadian itu ada hikmahnya. Ketawa mereka, sering menjadi pengubat hati aku. Mereka sering buat hidup aku lebih indah dari semalam.
Mama, Abah,
Anak perempuan kalian ini sangat nakal di sini tetapi jangan bimbang. Anak perempuan kesayangan kalian ini akan berusaha sedaya mungkin untuk membahagiakan kalian. Malah akan berusaha menjadi seorang kakak yang baik kepada adik-adiknya. Satu hal yang tidak mungkin dia dapat ubah, kenakalannya kepada Abang Jang nya.
(nasib kau lah Jang dapat adik macam aku..:p)
Tuesday, November 9, 2010
SAYA ANAK MAMA DAN ABAH
DEEPAVALI yang lepas, aku pulang ke rumah JB untuk mengunjungi kedua orang tuaku di sana. Pelik! Mama dah tak cam aku. Abah juga begitu. Mereka tidak mengenali aku. Kata abah, mukaku dan adik perempuan bongsuku serupa. Aku rasa tidak.
Abangku berkata, dalam dunia ini ada 7 rupa yang serupa. Aku menjawab, adik beradik perempuan kau ada berapa, Jang? Dia geleng kepala melayan soalan aku. Mamaku ada 7 orang anak perempuan. Jika abah tidak dapat mengecam salah seorang daripada kami, bermakna sudah cukup 7 orang yang berwajah sama denganku. Firasatku.
Adik beradikku 12 orang semuanya. 5 orang lelaki dan 7 orang perempuan. Semuanya membesar hasil titik peluh mama dan abah. Makan makanan yang sama punca. Mandi dari salur paip yang sama. Berteduh di bawah bumbung yang sama. Dididik oleh 2 manusia yang sama.
Bagaimana perangai kami boleh berbeza? Masih menjadi tanda tanya yang tiada jawapan. Aku membesar dengan kasih sayang mama dan abah. Adik beradikku juga sama tetapi mengapa berlainan benar sikap dan sifat kami antara satu dengan yang lain.
Satu hal yang unik di dalam keluarga ini, kami tidak pernah merasa susah. Semasa membesar, tidak pernah kami dapat baju raya yang baru. Semuanya belas ihsan saudara mara. Gaji abah hanya cukup untuk menampung perbelanjaan sehari-hari kami semua tetapi tidak pernah kami meminta sedekah. Kami juga tidak pernah merungut untuk sesuatu yang tidak perlu.
Pernah mama menjual aiskrim Malaysia. Bertahun-tahun lamanya. Mama berpanas, berhujan di tepi sekolah agama itu semata-mata untuk menjual aiskrim itu. Hasilnya, mama jadikan modal pusingan dan membeli lauk untuk kami makan bersama-sama setiap hari.
Setiap malam minggu, aku pastinya akan menemani mama bersama-sama beberapa orang adik-adikku serta abang akan ke pasar malam. Memungut sayur-sayuran yang dibuang oleh peniaga pasar malam. Bawang, buah-buahan, ayam goreng, malah kadang kadang kalanya makanan siap masak seperti nasi juga mee. Malu? Tidak sekali-kali.
Hidup kami terasa mewah dengan apa yang kami ada. Walaupun kami kekurangan wang ringgit, kami tidak pernah kekurangan makanan. Tidak pernah aku berlapar ketika tidur. Segalanya mama sediakan. Kadang kala kami memetik sayur-sayuran hutan, berjalan kaki berbatu-batu jauhnya untuk rezeki yang tidak datang bergolek itu, kami gembira dengan hidup kami.
Aku juga pernah menjaja kuih dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain. Bersama-sama beberapa orang adik-adikku, kami tidak kesah apa masyarakat kata. Kami cari rezeki. Kami cari wang belanja sekolah. Kuih hasil air tangan mama, bagiku sangat sedap. Tidak pernah cukup tangan mama memasak, tidak cukup perut juga kami makan. Kami adik beradik memang gelojoh.
Mereka kata KFC dan McDonalds sedap. Kami kata ayam goreng yang mama goreng itulah yang paling sedap. Bukan aku tidak pernah makan di KFC atau McDonalds, malah hampir semua restoran makanan segera sudah aku jejaki. Takkan sama dengan ayam goreng yang mama goreng itu. Ramuan yang mudah. Dicampur bersama kasih sayang dan keikhlasan, semuanya terasa enak terasa kenyang walaupun tidak cukup.
Abah seorang yang pemarah, garang, panas baran tetapi aku sayang abah. Kadang kala aku lihat abah itu hipokrit tetapi aku tahu abah sayangkan aku. Walaupun sering mengungkit setiap pemberiannya kepada kami adik beradik, abah masih gigih mencari rezeki untuk membesarkan 12 orang anaknya yang nakal ini. Kini abah sudah bersara dan hanya bergantung hidup dengan wang saraannya.
Abah dan mama menternak ayam dan itik untuk dijual. Asalnya hanya untuk suka-suka, kini ternakan abah dan mama menjadi. Kedua-dua adik lelaki bongsuku sering menjadi ‘hambarakyat’ di rumah tetapi hampir semua hasil jualan ternakan mama dan abah adalah untuk menampung perbelanjaan sekolah mereka. Memang patut pun mereka menjadi ‘hambarakyat’ mama dan abah.
Walau aku jauh dari pandangan mama dan abah, aku tahu bahawa aku sangat sayangkan mama dan abah. Hidup sendiri. Bekerja sendiri untuk belanja sendiri. Tidak mengapa. Tidak menyusahkan. Satu hal yang aku tidak mampu menafikan, aku adalah anak mama dan abah.
Friday, August 6, 2010
Azita ooh Azita..
SENAI - Pelayar sebuah laman web sosial semalam dikejutkan dengan luahan berbaur penghinaan daripada seorang wanita terhadap negeri Johor.
Kenyataan wanita terbabit mencetuskan kemarahan rakyat negeri ini yang mahukan beliau memohon maaf secara terbuka.
Dalam laman sosial tersebut, wanita yang berasal dari Kulim itu meluahkan perasaannya pada 14 Julai dengan meletakkan status: “Ya Allah hinanya Johor Bahru nama je dekat dengan Singapura belum maju rupanya... baik aku duduk Kulim macam ni.”
Difahamkan kisah luahan itu bermula apabila wanita tersebut yang sedang hamil mencari biskut jenama terkenal di Johor Bahru, bagaimanapun tidak menemuinya.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday ketika mengulas kejadian ini berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti negeri dan rakyat.
“Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumbangan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Kita tidak boleh bergurau dengan perkara sebegini,” katanya.
Sinar Harian turut mendapatkan reaksi awam yang rata-ratanya mahu wanita tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.
Pekerja swasta, Amril Aron, 31, menyatakan rasa terkilannya terhadap kenyataan itu.
“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap apa pun ketidakpuasan dalam laman sosial secara terbuka, ia tidak boleh diterima kami sebagai rakyat Johor,” katanya.
Eksekutif Pemasaran, Hairun Nisa Syed Esa, 23, berkata, kenyataan sebegitu melihatkan keperibadian dan kecetekan ilmu seseorang.
“Saya terkilan dengan kecetekan pemikiran individu seperti ini. Beliau patut memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.” katanya.
Sementara itu, Yahya Kiprawi, 31, berkata, beliau menghormati pentadbiran dan negeri Johor walaupun bukan berasal dari negeri itu.
“Walaupun bukan anak kelahiran Johor, namun saya mencari rezeki di sini, dan saya menghormati negeri, pemimpin dan penduduk Johor. Walaupun mungkin hanya gurauan, namun kenyataan menghina ini tidak boleh diterima pakai,” katanya.
Bagi kakitangan kerajaan, Surahati Abu Hassan berkata, beliau menganggap kenyataan sebegitu tidak sepatutnya dibuat memandangkan ia bersifat kenegerian.
“Laman web sosial bukan tempat meluah perasan, tidak perlu sebut perkataan tak elok. Minta minta maaf dengan terbuka, sememangnya hati rakyat Johor sudah terluka,” katanya.
Sinar Harian berusaha untuk menjejaki wanita tersebut di laman sosial terbabit, namun akaun penama sudah ditamatkan.