Friday, January 22, 2010

rasa antara kita

karya seorang kawan..Azilda Addy..

Walaupun kita mesra
Bile mane kite bkawan disalahertikan...
bicara kite diketepikan
tetap juga menghakimi
tanpa berbalas bicara

Teman,
biarlah kata-kata itu menghias hari
berbisik sinis
hanya kita yang mengerti
kau hadir disaat aku sepi
dan keliru mencari diri
memberi semangat mengharungi hari

aku doakan kebahagian itu menjadi milikmu
begitu juga aku
menanti kasih itu hadir kembali
menyinari hari-hari yg bakal kulalui

Walaupun kita mesra
Lebih dari seorang kawan
Tapi mungkin tak sampai
Untuk menjadi kekasih
Manusia boleh berkata
Apa mereka suka
Janganlah tersalah tafsir
Tanpa merenung takdir

Rasa antara kita berdua
Hanya kita yg dapat merasa
Serasi diantara kita
Anugerah tuhan pencipta

Walaupun kita mesra lebih dari seorang kawan
tapi ingat pandang Tuhan
Biar terbatas dan sopan

Monday, January 18, 2010

~lelaki dan kanak-kanak.. part 2~

ada sahabat yang bertanya..kenapa mesti memilih lelaki dan kanak-kanak? kenapa tidak cerita sahaja ttg lelaki or kanak-kanak or wanita dan kanak-kanak? saya terfikir..apakah jawapan yang sepatut nya saya beri..rakan-rakan terdekat mungkin tahu jawapannya..tetapi saya lebih senang membiarkannya menjadi satu tanda tanya yang tidak pernah terjawab..

lelaki dan kanak-kanak yang berpimpinan di pusat membeli belah lebih menarik perhatian pengunjung..saya sebagai seorang wanita lebih tertarik untuk mendekati kanak-kanak tersebut berbanding perempuan dan kanak-kanak yang berpimpinan di pusat membeli belah itu..

fenomena ini kadang kala dapat merungkai pemikiran wanita kini yang mana berfikir lelaki seperti tidak mengendahkan kehadiran si kecil dalam hidup mereka..walhal lelaki juga masih kaya dengan kasih sayang..kasih sayang seorang bapa kepada anak-anak..kasih sayang seorang abg kepada adik..

disamping memberi pandangan yang positif, fenomena ini juga sering memberi impak kepada tumbesaran kanak-kanak itu sendiri..kanak-kanak perempuan lebih rapat dengan bapanya lebih cenderung untuk menjadi seorang wanita dewasa yang matang sebelum umurnya..manakala bagi kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung menjadikan bapanya sebagai insan yang patut dikagumi..

Sunday, January 17, 2010

lelaki dan kanak-kanak!

kelihatan kelakar tajuk nih..yar..kelakar..tp pemandangan nih sgt unik n menakjubkan apabila seorang lelaki meminpin tangan seorang kanak-kanak..di pusat membeli belah mahupun di taman-taman permainan..

bukan ingin katakan lelaki tidak mempunyai sensitiviti terhadap kanak-kanak pada mindanya..tetapi hal ini adalah sangat jarang dilakukan apatah lagi jika ibu kanak-kanak itu tidak bersama-sama..

di mana letak macho nya? di tangannya..di tangannya yang sedang memimpin kanak-kanak itu..letakkan diri anda di situasi ini..mengawasi seorang kanak-kanak lingkungan 3-8 tahun tanpa bantuan insan lain..menarik kan?

berfikir sejenak..di mana anda untuk situasi ini..dan mampukah anda?