ada sahabat yang bertanya..kenapa mesti memilih lelaki dan kanak-kanak? kenapa tidak cerita sahaja ttg lelaki or kanak-kanak or wanita dan kanak-kanak? saya terfikir..apakah jawapan yang sepatut nya saya beri..rakan-rakan terdekat mungkin tahu jawapannya..tetapi saya lebih senang membiarkannya menjadi satu tanda tanya yang tidak pernah terjawab..
lelaki dan kanak-kanak yang berpimpinan di pusat membeli belah lebih menarik perhatian pengunjung..saya sebagai seorang wanita lebih tertarik untuk mendekati kanak-kanak tersebut berbanding perempuan dan kanak-kanak yang berpimpinan di pusat membeli belah itu..
fenomena ini kadang kala dapat merungkai pemikiran wanita kini yang mana berfikir lelaki seperti tidak mengendahkan kehadiran si kecil dalam hidup mereka..walhal lelaki juga masih kaya dengan kasih sayang..kasih sayang seorang bapa kepada anak-anak..kasih sayang seorang abg kepada adik..
disamping memberi pandangan yang positif, fenomena ini juga sering memberi impak kepada tumbesaran kanak-kanak itu sendiri..kanak-kanak perempuan lebih rapat dengan bapanya lebih cenderung untuk menjadi seorang wanita dewasa yang matang sebelum umurnya..manakala bagi kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung menjadikan bapanya sebagai insan yang patut dikagumi..
No comments:
Post a Comment