Hari ini terasa malang buatku. Sudahlah terlewat bangun. Kereta pula aku hantar service semalam. Mahu atau tidak aku terpaksa menaiki bas ke pejabat. sudah lah aku terlebih arif dengan bas kat sini. Tak pasal-pasal aku terpaksa menunggu hampir 30 minit. Jam sudah 8:30 pg. Telefon bimbitku mendendangkan lagu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Raffali dengan ntah siapa lelaki tuh. Tak ingat aku.
Siapa pula pepagi ni yang telefon? Dengan malas aku matikan panggilan itu. Aku tersenyum jahat. Padan muka. Siapa suruh call pepagi nih. Dah lah aku tengah bengang ni. Beep! Ada mesej pula. Ahh..biarlah. nanti kat opis aku bacalah. Mana bas ni? Dah lah tak ramai yang tunggu bas pagi nih.
Aku sapa akak kat sebelah. Aku bertanyakan bas U74. Katanya tempat menunggu bas U74 bukan di sini. Aku terpaksa berjalan ke bus stop di bahagian depan perumahan aku. Ooh..terima kasih ya akak. Aku cuba senyum kepada akak itu. Di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
Sesampai di bus stop tersebut, bas yang sepatutnya aku naiki telah lebih awal daripada aku. Menurut salah seorang yang berada di situ, bas tersebut hanya 1 jam sebuah untuk hari itu. Cehh..semakin berbulu hatiku ini. Kenapalah aku ni? Aku bertanya di dalam hati.
Beep! Mesej lagi? Tak kuasa aku nak melayan. Paling tidak pun mesti skandal-skandal terlarang aku yang menghantar ucapan selamat pagi. Nanti saya balas ya sayang-sayangku. Biasalah, perempuan paling hot di pejabat. Memang ramai yang minat. Aku ketawa di dalam hati. Aku cuma nak main-main jer ngan diaorang. Bukan salah aku kalau diaorang sukakan aku. Senyuman nakalku terpamer di bibirku yang sengaja aku colet dengan sedikit pelembab.
Setelah hampir 10 minit aku menunggu, aku ambil keputusan untuk menaiki teksi ke pejabat. Sudahnya terpaksa aku bayar RM10 kepada pakcik teksi. Jam di pergelangan tangan aku kerling. 9:10 pg. Nasib baik sempat. Ada lagi 20 minit sebelum pengurusku datang. Pejabatku masih berkunci. Aku dah biasa. Sekejap lagi datanglah budak-budak nih.
Selepas meng’on’kan computer di atas meja, aku bangun untuk pantry. Pekena Nescafe pepagi nih pun sedap ni. Lawan ngan biskut kering. Pergh! Mana pulak Makcik Tijah letak biskut nih? Puas aku geledah almari di pantry tetapi tak jumpa pun biskut. Selesai membancuh Nescafe, aku terus ke meja En. Ameron.
Aku selongkar mejanya untuk mencari biskut. Aku bernasib baik kerana ada 2 bungkus biskut di dalam lacinya. Tangkas aku mencapai pen dan sticky note. “terima kasih atas biskutnya, boss.” Aku tinggalkan di tepi komputernya.
Aku kembali ke meja dan menikmati biskut yang lemau itu. Nescafe telah tinggal separuh cawan. Tiba-tiba aku teringatkan mesej-mesej di telefon bimbitku itu. Terus aku capai telefon bimbit dari dalam tas tanganku.
“Kak, ptg nie jd konvoi ngan kter owg x?” konvoi apa pulak budak Aizat nih? Terus aku buka mesej yang kedua.
“Lina, kul 2 dtg uma I dulu. Ada list hadiah yang I tak sempat beli.”
Ampun! Kenapa aku lupa? Hari ni kan nak gerak ke Cherating. Patut lah opis aku senyap jer. Kalau lah aku baca mesej awal-awal. Kalaulah aku angkat call td. Cett!