Sunday, October 30, 2011

boleh ker cakap cam nih?

aq tertengok pic profile seorang kawan..
"eeeiiii, dah kawen!"
"kau mesti masih suka senyum cam nih kan?" sambil memuncungkan bibir meniru kawanku ini senyum..
"dah agak..." bila aq pasti cara senyum dyer masih sama..
"mesti laki kau tak hensem kan?" terpacul ayat tuh..opppsssss!

aq tak boleh cakap ayat tuh kan? bersalah nya aq..
aq percaya bahawa Allah dah tentukan siapa jodoh kita..baik or buruk..kena terima..pandai2 lar bawa diri..

aq yang terlepas cakap..terlintas difikiran..
'akan ada kah lelaki yang cukup sifatnya untuk aq? takuttttnyyyyaaaaa!'

Saturday, October 29, 2011

rezeki depan mata. .

jln kaki g 7e bukit angkasa. .
18:37, 29okt2011

"abg, yue kuar g farmasi. .then nk singgah nytemarket jap. .k?"
sms xberbalas. .
kalo xder cm ner? mesti ader kan? ntah lar. .hope ader. .ermmmm. . .

di kaunter. .
aq : y nih baper keping?
cik kaunter : (tersenyum) tak tw larrr. .
haisssshhhhh!

nytemarket, pantai permai
18:50, 29okt2011

mcm nk makan laksa. .tp maner y best gak nyer. .
beli buah pon best gak. .beli tudung larr. .
singgah kedai baju. .singgah kedai tudung. .singgah kedai baju. .singgah kedai tudung. .
haiiisssshhh!
en bulan bg limerploh hengget jer. .
maner kedai laksa nih?

19:02, 29okt2011
dah azan nih. .jap, nk singgah beli ice blended. .

19:18, 29okt2011
seb bek lar sedaaaappp kan? cetttt!
laksa oh laksa. .i'm coming. .

19:32, 29okt2011
da siap solat? jom makan. .
yummmm. .

20:26, 29okt2011
alahai laksa. .kau kembang cam tuh jer lar kan?

rezeki depan mata jgn dibazirkan. .lapar kan? makan jer larrr. .makan bukan untuk sedap tp tuk khasiat. .
tp lupa lak nk tanya kat akak laksa tuh td. .
"akak, dalam laksa nih ada berapa VITAMIN yer?"

cucur bilis. .

28 okt 2011
jam 7 lebih. .
on the call sambil tgok tv3. .'spice routes'. .

dyer : tgok tuh dyer masak cucur jagung lak. .
aq : owg citer kambing td larrr. . .
dyer : yer larrr. .tgok tuh. .aper raser cucur jagung campur kurma?
aq : manis larrr. .
dyer : lapar lak tertiber. .nk g wat larrr. .
aq : eleeeeeeeeehhhhh! tak heran, akak owg wat cucur bilis nih. .dah siap pon. . .
dyer : @#%&*/
aq : jempoooootttt maaaaaaammmmm. . .hahahahhahaaa

aq tgok kak liza menoleh sambil tersengih. . .hikhikhik. .

Wednesday, October 26, 2011

kau seorang perempuan bernama kekasihku

tatkala kau masih bernama kekasihku,
dapatkah kau pertahankan kesetiaan,
sebuah ikatan yang kau jalinkan,
hanya untuk sebuah hubungan,
atau mungkin hanya sebuah lakonan,
hanya untuk mempermainkan, aku,
seorang lelaki bernama kekasihmu. ,

aku tidak meminta kesempurnaan,
hanya aku pinta kau kejarkannya.

aku tak pinta kau takluki dunia,
kerana,
bagaimana mungkin kau takluki itu?
sedangkan kau hanya bernama aku?

aku tidak mahu dunia itu,
tetapi,
berilah aku duniamu,
untuk aku nikmati,
setelah, kau,
seorang perempuan bernama isteriku.

kclub melawati
2234, 18okt2011

ego yang kau cipta

tangan kau mengapung tinggi
bercerita matlamat hidup
tak jelas
memberitahu kepada dunia
ideamu bukan murahan

tetapi
bagaimana mungkin
kau menjadi sebutir bintang
sedang kau lagi lalai
bercerita tanpa tindakan

mereka mengejek tetapi kau ketawa
menyangkal idea bodoh yang terlanjur
dan kau?
hanya mampu bercerita

di mana letak keikhlasan
sedang ego kau raja-rajakan
kenapa tak kau nilaikan
sebuah impian menjadi kenyataan

sedang kau lagi bercerita
sedang ego kau raja-rajakan
kami?
sudah bertindak
tangkas!
menjadi raja di hati manusia

kclub melawati
2328, 18okt2011

puteri lindungan bulan

kau meniti hari-harimu tanpa segan
kau letakkan maruahmu untuk dijunjung
kau dilitup awan di harimu
hanya mengejar sebuah cinta sang bulan

pernah dulu
ketika kau menangisi hari lalumu
ketika kau ditertawakan mereka
ketika kau menarik nafas
membiarkan hari lalumu berlalu

kau bagai puteri yang lahir
dilindung bulan
bulan yang menangisi di malammu

tidak perlu kau lalui semua itu
kalaupun kau masih hanya seorang manusia
hiduplah kau di pelukan bulanmu
hiduplah kau di lindungan bulanmu

qualiti hotel, shah alam
2230, 22okt2011

Thursday, October 20, 2011

Betapa Berharganya Seorang Wanita


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam.............

Sunday, October 16, 2011

girl on silent mode

if a girl is silent..it's dangerous..
she either :

1. over thinking
2. tired of waiting
3. about to blow up
4. needs a hug
5. falling apart
6. crying inside
7. all of the above

hajat. .xdapat. .

sender : en bulan
received : 08:28:57 05-10-2011

"xpe..xsemua yg dihajati teruss dpttt. kekadang kena tgu smpi mati..ni teori baik punya.."

yerlah2. .sabar jer lah. .

free ker?

11 oktober 2011
MonaVie HQ
SMG training-fight for ruby!

en bulan tulis di buku nota saya..
"..percuma paling seronok.."

seronok ker? tp bagi aq. .tak sgt lar. .sebab tak semua barang percuma tuh kita perlukan. .tp satu hal paling seronok. .DISKAUN!

lebih besar

11 oktober 2011
MonaVie HQ
training SMG-fight for ruby!

SATU RIBU RINGGIT MALAYSIA lebih besar dari RM1k. . .setuju? hikhikhik. .

sebulan selepas raya. .

rasanya dah lama tak menulis kan? sebulan selepas raya. .kembali menulis. .yeaaayyyy. . .
bukan xnak menulis. .tp sekarang nih agak sibuk dengan MonaVie. .cari duit nak pinang en bulan. .hahahaha. .berangan jer lar aq nih. .byak sgt nak tulis. .slowly lar. .
hope dapat tulis semua y dicatat. .boleh kongsi kat cini nanti. .insyaAllah. .