tatkala kau masih bernama kekasihku,
dapatkah kau pertahankan kesetiaan,
sebuah ikatan yang kau jalinkan,
hanya untuk sebuah hubungan,
atau mungkin hanya sebuah lakonan,
hanya untuk mempermainkan, aku,
seorang lelaki bernama kekasihmu. ,
aku tidak meminta kesempurnaan,
hanya aku pinta kau kejarkannya.
aku tak pinta kau takluki dunia,
kerana,
bagaimana mungkin kau takluki itu?
sedangkan kau hanya bernama aku?
aku tidak mahu dunia itu,
tetapi,
berilah aku duniamu,
untuk aku nikmati,
setelah, kau,
seorang perempuan bernama isteriku.
kclub melawati
2234, 18okt2011
No comments:
Post a Comment