Sunday, July 31, 2011

tidur baik-baik..

pukul 3 pagi..
en bulan call hanya untuk menyatakan takkan ader aper2 berlaku..jangan wisau..aper2 hal bgtw beliau..

dan juga..TIDUR BAIK-BAIK..1st time beliau cakap cam tuh..wahwahwahwah..

tuh pun kau nak kata yang en bulan tak cukup sayang kau lagi, noyu?

selamat malam en bulan..

Saturday, July 30, 2011

pertanyaan en bulan

sebelum kawan ngan abg, berapa ramai yue dah couple?

alamak! aper aq nak jawab?

en bulan: abg cuma nak tw. .
aq: tak tw lar. . ramai sgt. .
en bulan: berapa?

yang aq egt. .helmi 2003-2004, fiqri 2004, azri 2004-2005, hafiz 2005, nazri 2005-2006, azam 2005-2007, kerol 2006, amri 2006, yen 2007-2009, hapis 2008-2009, azizi 2009-2010, yus 2009-2010, ery 2010, awok 2010, dan en bulan 2010-2011..

yang aq tak egt jgn tanya..dah namer pon tak egt kan?

sowi..yue mmg tak tw total sema nya..hahhahahaaaaa

Friday, July 29, 2011

bahagia 180%

bahagia itu subjektif. tak mungkin dapat diukur guner pembaris lar kan? tapi meraa bahagia itu sgt indah. mencari bahagia yang hakiki itu subjek aq sekarang ni. orang kata bahagia itu selalu terpamer di wajah. air muka berseri2. bahagia kah?

bahagia aq kerana Allah.
kenapa?
kerana Allah sering memberi aq pelbagai situasi untuk aq merasakan bahagia.

bagaimana aq boleh bahagia?

1. merasa bahagia dengan hari2 yang akan dilalui.
Ramadhan semakin hampir. itukan kebahagiaan kami sekeluarga. berpuasa bersama2, bersahur dan berbuka, indanya meraikannya bersama keluarga.

2. mendengar nasihat en bulan.
bagaimana tidak? beliau tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu. bercakap dengan bahasa yang disenangi danmudah difahami. setiap hari pasti ada sesuatu y baru untuk dikongsi.

3. kawan2 yang selalu memberi sokongan.
tidakkira perkara baik atau buruk, pasti ada kawan dan lawan yang menyokong. sesekali bila jauh dr mereka, masyaAllah,sunyinya rasa.

en bulan kata, jangan pernah menyakiti hati insan2 lain. walau pun mereka pernah atau selalu menyakiti kita. hati yang sakit mudah marah. hati yang marah itu dikuasai syaitan. jangan bongkak. jangan menunjuk2. hormati pendapat org lain dan sedar bahawa kita ini hamba Allah.

en bulan juga kata, urusan mencari bahagia mesti sabar dan redha. bersujud kpd-Nya adalah kebahagiaan y hakiki. bersujudlah kepada penciptamu wahai diri.

ya Allah,
bantulah permudahkan urusanku mencari bahagia-Mu.

Tuesday, July 26, 2011

mana janji kau?

kalo xnk bg jgn janji. bukan takat sakit hati, mental pon jd sakit tw.
suka wat owg nangis kan?
en bulan jahat!

Monday, July 25, 2011

terima kasih abg.

senyuman en bulan buat aku betul2 merasa senang. kadang kala aku teraser cam dyer segalanyer buat aku. akan adakah kesempatan buat aku menjadi insan yang tersayang dalam hatinya?

walau bukan yang tersayang, aku tetap mahu jd y disayangi. insan y sentiasa diingatinya. insan y sentiasa dirindui.

kehadirannyer, walau hanya seketika, aku mahu segala memori dan kenangan antara kami menjadi kenangan terindah y tak mgkin terlupa kan.

terima kasih abg. yue hargai kebersamaan abg.
luv u so much.

Thursday, July 21, 2011

hazim berkata-kata

perjalanan bersama hazim (anak bongsu en bulan, 4 tahun), dan en bulan.

eb : nih kakak. (tunjuk kpd aq)
hazim : hikhikhik. ayah, kita nak g maner?
eb : ambil mama
hazim : kakak ikut? (senyum malu kpd aq)
eb : x, nak anto kakak blek dulu. then we go to opis mama.
aq : mata dyer santekk
eb : cam ayah dyer kan?
aq : xmalu. hahahaha.
hazim : kakak nak kawen ngan ayah?

jgn kata aq jer, en bulan pon ternganga. power soklan budak ni.

eb : adik nak mama baru ker?
hazim : adik dah ader mama la.
eb : dah tuh?
hazim : adik nak baby jer cam dlm tv tuh

aper y hazim pikir nih?

hazim : kalo kakak kawen ngan ayah, t kakak leh jd ibu adik.
eb : adik tanya kakak la.
hazim : kakak, adik nak baby.
aq : adik minta lah kat mama
hazim : xnak, cian kat mama t kena jaga baby
aq : adik tak cian kat kakak?
hazim : alaa kalo dah kawen mesti ader baby. kalo ibu kawen ngan ayah, (aq lm jd ibu hazim, syg) t baby mesti hensem cam adik kan, ayah?

abg, drive lar cepat2. yue tak sanggup tahan malu nih.

Tuesday, July 19, 2011

tuntutan kuasa bulan..

en bulan sudah semakin meletakkan linkungan kuasanya terhadap aku..tuntutan demi tuntutan beliau syaratkan...mampukah aku bertahan?

antaranya..

tuntutan pertama..
AURAT

1. bertudung..
-melabuhkan tudung hingga menutupi dada..
-tudung tidak jarang sehingga menampakkan leher dan tengkuk..
-tidak menjadi hamba fesyen..

2. berbaju longgar..
-baju yang tidak melekat di badan..
-labuh hingga menutupi punggung..
-berlengan panjang..

3. seluar..
-tiada jeans ketat..
-tiada trackshuit macam budak sekolah..
-tidak pendek atau tipis..

tuntutan kedua..
PERGAULAN

1. keluar malam..
-jgn keluar tanpa ditemani orang yang betul-betul rapat..etc: dye sendiri, kak liza, dan kak ria..
-keluar hanya dengan tujuan yang baik..bukan berhibur hingga melalaikan..
-tidak melebihi jam 10 malam..

2. lelaki dan perempuan..
-jaga batasan perbualan..
-tidak bersentuhan..etc: bertepuk tampar, mencubit, atau menyentuh dengan sengaja (berpegangan tangan, berpelukan, berciuman atau yang sewaktu dengannya..)

tuntutan ketiga..
HIBURAN

1. menonton wayang..
-tidak menonton cerita yang merosakkan moral..
-ditemani kak ria dan kak liza sahaja..boleh pergi berkumpulan tetapi diiringi kak ria atau kak liza..
-tidak terikut-ikut pengaruh filem..

2. karaoke..
-tidak bercampur lelaki perempuan..jika bercampur, tidak menyanyi..suara itu aurat..
-tidak pulang lewat malam..

3. bowling..
-menjaga batas-batas pergaulan lelaki perempuan..<---- dye tw aku selalu kuar berbowling dengan seorang lelaki itu..hahahahhaa...

4. facebook..
-tidak terlalu percaya apa yang disampaikan di fb..
-tidak memaparkan foto-foto yang tidak menutup aurat..lebih elok tidak letak terus..
-membataskan waktu menghadap fb..

tuntutan keempat..
SOLAT (ini adalah kata2 en bulan..keluar dr mulutnya yang membuat aku menangis..)

1. 5 yang wajib..
-hendaklah dijaga solatmu wahai kesayanganku..jgn yue solat untuk orang lain lihat dan berasa senang..tetapi solatlah untuk menjaga rasa malu kepada Pencipta yue..
-lahirkan rasa bersyukur yue kepada Allah dengan bersolat..
-mengadulah hanya kepada Allah..untuk segala susah senang yue di dalam baris2 doa..
-telekung yang abg bg..anggaplah ianya satu permulaan yang baru untuk hubungan kita yang selama ini hanya sia2..

2. yang sunat..
-abg tak paksa yue tuk bangun tengah2 malam..tetapi berusaha..
-ambil kesempatan yang orang lain tak nak..kemuliaan adalah untuk orang2 yang berusaha..

3. solat sunat taubat..
-yue tahu apa yang kita dah lalui selama ni kan..yue patut sedar yang kita tak sepatutnya buat semua itu..
-berusahalah untuk bangun dan menghadapnya untuk memohon ampun..
-abg akan berusaha juga untuk ini..dan abg akan selalu berusaha untuk ingatkan yue untuk melakukannya..

tuntutan kelima..
belum disebutkan..
baru 4 aku dah pening..ya Allah bagaimana mungkin aku mematuhi kehendak beliau..aku tahu aku seorang muslim yang dituntut menutup aurat dan menjaga batas2 pergaulan..aku sedar..

beliau tidak minta aku berubah kerana beliau tetapi kerana-Mu..tetapi bagaimana mungkin untuk aku ikhlas dan redha untuk semula hal ini? sedangkan semua ini adalah sgt mendadak..

aku pohon Hidayah-Mu..aku pohon Petunjuk-Mu..
Astagfirullah..

Friday, July 8, 2011

terharu..

aku tak paham apa yang aku lalui kebelakangan ni..aku suka marah-marah..pastu aku nangis sendiri..en bulan pun pujuk..pastu gaduh..pastu nangis..pastu dah tak pujuk aku lagi..bukan salah dia kut...tapi mungkin gak aku yang emo terlebih..

emo ker aku? en bulan tak pernah sebut pun cam tuh..tapi ader sum1 tuh lar yang kata aku nih emo memanjang...mana ada..:p

mana ader kan..cuma aku tak cukup murah senyuman jer..budak2 sekolah tuh yang cakap cam tuh..muka aku masam jer time dowang rehat..dah kowang tuh yang banyak sgt cekadak..mana lar aku tak masam ngan kowang? kalo kowang baik ngan aku tak lar aku wat muka cam tuh kan?

tak cayer tanya member aku tuh..cdt to nurul nadiah mohd fauzi..aku mana ader masam jer kalo jumpa dia..tak der..tak der kan nadh kan? dah 8 tahun aku kenal dia..lama kut rasanya aku kawan ngan dia..lama tuh...

kawan2 lain tak der lak yang aku rapat sampai cam tuh sekali..paling tidak pon setahun dua tahun..then hilang...hahahaha...aku la kan yang hilang tuh kan? boyfriend jgn citer..semanya pon gitu gak..

tapi Allah itu memberi aku ujian kali ini mmg untuk aku luluskan diri la kan? dah 7 bulan..cume sekali jer gaduh besar...seminggu aku tidur peluk bantal basah..selebihnya? memang dia yang aku nak kan?

alhamdulillah..hubungan sangat santekk walaupun banyak lagi rahsia yang aku dan dia patut simpan tuk hanya kami berdua saja..oppssss!