Tuesday, July 19, 2011

tuntutan kuasa bulan..

en bulan sudah semakin meletakkan linkungan kuasanya terhadap aku..tuntutan demi tuntutan beliau syaratkan...mampukah aku bertahan?

antaranya..

tuntutan pertama..
AURAT

1. bertudung..
-melabuhkan tudung hingga menutupi dada..
-tudung tidak jarang sehingga menampakkan leher dan tengkuk..
-tidak menjadi hamba fesyen..

2. berbaju longgar..
-baju yang tidak melekat di badan..
-labuh hingga menutupi punggung..
-berlengan panjang..

3. seluar..
-tiada jeans ketat..
-tiada trackshuit macam budak sekolah..
-tidak pendek atau tipis..

tuntutan kedua..
PERGAULAN

1. keluar malam..
-jgn keluar tanpa ditemani orang yang betul-betul rapat..etc: dye sendiri, kak liza, dan kak ria..
-keluar hanya dengan tujuan yang baik..bukan berhibur hingga melalaikan..
-tidak melebihi jam 10 malam..

2. lelaki dan perempuan..
-jaga batasan perbualan..
-tidak bersentuhan..etc: bertepuk tampar, mencubit, atau menyentuh dengan sengaja (berpegangan tangan, berpelukan, berciuman atau yang sewaktu dengannya..)

tuntutan ketiga..
HIBURAN

1. menonton wayang..
-tidak menonton cerita yang merosakkan moral..
-ditemani kak ria dan kak liza sahaja..boleh pergi berkumpulan tetapi diiringi kak ria atau kak liza..
-tidak terikut-ikut pengaruh filem..

2. karaoke..
-tidak bercampur lelaki perempuan..jika bercampur, tidak menyanyi..suara itu aurat..
-tidak pulang lewat malam..

3. bowling..
-menjaga batas-batas pergaulan lelaki perempuan..<---- dye tw aku selalu kuar berbowling dengan seorang lelaki itu..hahahahhaa...

4. facebook..
-tidak terlalu percaya apa yang disampaikan di fb..
-tidak memaparkan foto-foto yang tidak menutup aurat..lebih elok tidak letak terus..
-membataskan waktu menghadap fb..

tuntutan keempat..
SOLAT (ini adalah kata2 en bulan..keluar dr mulutnya yang membuat aku menangis..)

1. 5 yang wajib..
-hendaklah dijaga solatmu wahai kesayanganku..jgn yue solat untuk orang lain lihat dan berasa senang..tetapi solatlah untuk menjaga rasa malu kepada Pencipta yue..
-lahirkan rasa bersyukur yue kepada Allah dengan bersolat..
-mengadulah hanya kepada Allah..untuk segala susah senang yue di dalam baris2 doa..
-telekung yang abg bg..anggaplah ianya satu permulaan yang baru untuk hubungan kita yang selama ini hanya sia2..

2. yang sunat..
-abg tak paksa yue tuk bangun tengah2 malam..tetapi berusaha..
-ambil kesempatan yang orang lain tak nak..kemuliaan adalah untuk orang2 yang berusaha..

3. solat sunat taubat..
-yue tahu apa yang kita dah lalui selama ni kan..yue patut sedar yang kita tak sepatutnya buat semua itu..
-berusahalah untuk bangun dan menghadapnya untuk memohon ampun..
-abg akan berusaha juga untuk ini..dan abg akan selalu berusaha untuk ingatkan yue untuk melakukannya..

tuntutan kelima..
belum disebutkan..
baru 4 aku dah pening..ya Allah bagaimana mungkin aku mematuhi kehendak beliau..aku tahu aku seorang muslim yang dituntut menutup aurat dan menjaga batas2 pergaulan..aku sedar..

beliau tidak minta aku berubah kerana beliau tetapi kerana-Mu..tetapi bagaimana mungkin untuk aku ikhlas dan redha untuk semula hal ini? sedangkan semua ini adalah sgt mendadak..

aku pohon Hidayah-Mu..aku pohon Petunjuk-Mu..
Astagfirullah..

No comments:

Post a Comment