Friday, July 29, 2011

bahagia 180%

bahagia itu subjektif. tak mungkin dapat diukur guner pembaris lar kan? tapi meraa bahagia itu sgt indah. mencari bahagia yang hakiki itu subjek aq sekarang ni. orang kata bahagia itu selalu terpamer di wajah. air muka berseri2. bahagia kah?

bahagia aq kerana Allah.
kenapa?
kerana Allah sering memberi aq pelbagai situasi untuk aq merasakan bahagia.

bagaimana aq boleh bahagia?

1. merasa bahagia dengan hari2 yang akan dilalui.
Ramadhan semakin hampir. itukan kebahagiaan kami sekeluarga. berpuasa bersama2, bersahur dan berbuka, indanya meraikannya bersama keluarga.

2. mendengar nasihat en bulan.
bagaimana tidak? beliau tidak pernah lokek dalam berkongsi ilmu. bercakap dengan bahasa yang disenangi danmudah difahami. setiap hari pasti ada sesuatu y baru untuk dikongsi.

3. kawan2 yang selalu memberi sokongan.
tidakkira perkara baik atau buruk, pasti ada kawan dan lawan yang menyokong. sesekali bila jauh dr mereka, masyaAllah,sunyinya rasa.

en bulan kata, jangan pernah menyakiti hati insan2 lain. walau pun mereka pernah atau selalu menyakiti kita. hati yang sakit mudah marah. hati yang marah itu dikuasai syaitan. jangan bongkak. jangan menunjuk2. hormati pendapat org lain dan sedar bahawa kita ini hamba Allah.

en bulan juga kata, urusan mencari bahagia mesti sabar dan redha. bersujud kpd-Nya adalah kebahagiaan y hakiki. bersujudlah kepada penciptamu wahai diri.

ya Allah,
bantulah permudahkan urusanku mencari bahagia-Mu.

No comments:

Post a Comment