Sunday, December 19, 2010

hari ahad saya..


hari ini saya ikuti program Gerak Gempur 2 Minggu Power Root..pertama kali join kelas yang sgt serius ini..menarik..pelan yang jelas dan terang matlamatnya..kak Bibah seperti biasa, walaupun mahu mengganas..tidak pernah berjaya kerana anak buah beliau ini..tidak pernah jadikan kelas ini suatu tekanan..maka seluruh kelas tak kering gusi..

jika orang-orang biasa yang mengikuti kelas ini..pastinya ini adalah kerja gila..RM angka 4 digit dlam masa 2 minggu..sangat sukar..Alhamdulillah, kami semua adalah insan-insan luarbiasa yang mahu berjaya..cabaran ini hanya 2 minggu..InsyaAllah!

aku yakin, apabila suatu kerja keras yang diiringi kerja keras dan usaha..serta doa dan tawakal kepada yang Maha Esa..pasti gunung yang tinggi juga dapat diratakan..tetapi aku bukan nak ratakan gunung..aku nak membuat gunung duit..mahu jadi insan yang berwang..bukan beruang, ok!

aku tak kisah aper orang nak kata ttg multi level nih..aku yang nak kaya..kalo korang tak nk tak yah nak jatuhkan orang lain..aku dan angkatan aku jer yang mahu berjaya..orang macam koranglah yang aku mahu kick dari hidup aku..sorry to say, NEXT!

nekadku satu, keluarga aku..yang terutama, membantu keluarga aku sebelum aku bantu orang-orang macam 'dia' yang sepatutnya aku kick dari awal lagi..sejak awal lagi 'dia' cuber wat aku blank n down..tapi sekarang, sorry to say, NEXT!

kalo aku yakin aku boleh buat..Allah akan bantu aku..aku yakin aku mahu buat..aku ader kekuatan untuk buat..hasilnya untuk aku dan keluarga aku..bukan keluarga 'dia' kan? untuk orang macam 'dia' yang sentiasa negatif tuh..sorry to say, NEXT!

aku yakin, PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DENGAN LANGKAH YANG PERTAMA..tak percaya? kalo korang tak melangkah cam ner nak sampai ke garisan penamat kan? RUN FOR LIFE, yue!

yue sayang,
jgn pandang belakang..past is past..mulakan hidup baru..jgn kerana seorang lelaki yang mahu kau terus berada di bawah..kau masih terus menerus berada dibawah?

kenapa tidak kau kejar lelaki yang sentiasa memberi semangat untuk memajukan diri sendiri untuk kehidupan yang lebih bermakna?

so, ignore jer kerengga itu..labelkan kekuatan yang positif sebagai kelebihan..dan kelemahan itu adalah peluang untuk baiki diri..RUN FOR LIFE!

2 comments: